Pengenalan

Definis masalah penglihatan

Masalah penglihatan adalah ketidakupayaan untuk melihat. Menurut Heward (1996),seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan(kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah.

Menurut Hallahan &Kauffman (2002), kehilangan daya penglihatan terhadap cahaya (kemampuan menyatakan kewujudan pencahayaan dari kawasan gelap)mahupun unjuran cahaya(kebolehan untuk mengenalpasti punca arah cahaya.

Menurut National Society For Prevention of Blindness(1990),ketepatan penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang terbaik setelah dilakukan pembetulan atau mempunyai ruang penglihatan melebihi 20/200 tetapi tidak melebihi 20/70 pada mata yang terbaik setelah dijalankan pembetulan.

Masalah penglihatan terbahagi kepada dua iaitu rabun dan buta. Rabun atau kurang Nampak ialah mereka yang masih boleh membaca dan melihat dengan pandangan yang kabur (penglihatan <3/60) iaitu mereka yang langsung tidak dapat melihat dan memerlukan bantuan kod Braille untuk membaca.

 

 

faktor-faktor kecacatan

Punca terjadinya kecacatan ini adalah faktor komplikasi semasa hamil dan selepas lahir,rubella,sifilis,kecederaan dan penyakit. Menurut Hewett Fan Forness(1974),49% kecacatan disebabkan oleh kesalahan pada mata iaitu hiperopia,myopia,astigmatisme, 47% disebabkan jangkitan selepas lahir,33% akibat peracunan,7%-8% akibat penyakit dan 2% disebabkan kemalangan.

Menurut Menon(1981),diantara sebab-sebab menjadi buta adalah katarak iaitu 66% cacar variola,kurang zat pemakanan,kemalangan dan glaucoma masing-masing sebanyak 25%,15% disebabkan jangkitan dan 5% disebabkan trokoma. Tidak dinafikan juga,masalah ini berlaku adalah faktor baka.

Tanda-tanda fizikal yang ada pada mereka yang mempunyai masalah penglihatan adalahbebola mata yang selalu berputar, matanya sensitive terhadap cahaya,bahagian tepi mata kelhatan merah,kelopak mata bengkak,mata selalu berair,juling dan terdapat bintik-bintik ditengah mata. Mereka juga sering mengadu tidak dapat melihat dengan jelas, sakit kepala apabila membuat sesuatu kerja,pandangan kabur dan kadangkala objek yang dilihat menjadi dua imej.

Tingkah lakunya pula,mereka selalu memusingkan kepala pada sebelah arah iaitu semasa melihat objek,selalu mengerut atau mengecilkan mata,kerap berkedip,selalu terlanggar objek,keliru dengan huruf,menonton televisyen dan membaca buku pada jarak yang sangat dekat dan memegang kepala dengan cara luar biasa.

Disebabkan kekurangan yang mereka ada,timbul perasaan kurang keyakinan diri dan sering menyisihkan diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yang baik kepada mereka(bukan bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasa berbeza dengan orang normal).

download (4)

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s