Perkembangan mata yang normal

Pengenalan

  • Deria penglihatan mempunyai organ yang paling awal terbentuk daripada organ-organ manusia yang lain tetapi merupakan  deria yang paling lambat untuk menjadi matang berbanding deria-deria  yang lain seperti deria rasa,bau,sentuh dan sebagainya.
  • Organ deria penglihatan adalah MATA

DEFINISI MATA

  • Ø Mata adalah organ panca indera yang sangat penting kepada manusia yang digunakan untuk melihat sesuatu terutamanya untuk memahami persekitaran terutamanya kanak-kanak.
  • Ø Merupakan organ yang kompleks.
  • Ø Struktur mata dan struktur yang berhubung dengannya dikhususkan untuk memberi tindak balas terhadap tenaga cahaya.
  • Ø Mata adalah organ yang terlunjur keluar terus dari otak membolehkan maklumat dapat ditaksirkan serta merta.
  • Ø Mata berbentuk sfera,bergaris pusat 25mm(1inci),berisi padu 65 cm  dan beratnya 7gram.
  • Ø Terletak dibahagia tengkorak iaitu rongga mata.

 

TAHAP PERKEMBANGAN DERIA PENGLIHATAN(MATA)

BARU LAHIR

  • Penglihatan bayi yg baru lahir agak kabur dan jarak penglihatannya ialah antara 5 hingga 7 inci.
  • Bayi dapat memfokus kpd objek dgn tepat pada jarak lebih kurang 12 inci . hanya cukup jauh untuk mengenal wajah orang yang mendukungnya
  • Daya penglihatan bayi baru lahir adalah satu pertiga daripada daya penglihatan orang dewasa.
  • Menurut Haith(1980), bayi sebenarnya tidak memandang sembarangan persekitarannya.
    Ia seolah-olah bergerak balas mengikut peraturan tertentu untuk membolehkannya mengoptimumkan maklumat yang diperolehinya.
  • Bayi menutup mata apabila cahaya terang didepannya.
  • 2 minggu bayi dapat menatap objek dekat.

 

1 BULAN

  • Sudah boleh melihat dan memerhatikan objek yang bergerak dan mula mengenali wajah ibunya.
  • Mata bayi akan bergerak secara rawak.

2  BULAN

  • Mula memerhatikan objek yang bergerak secara teliti serta matanya turut bergerak.
  • Mula merenung pada sesuatu objek.

3 BULAN

Boleh melakukan pergerakan mata dan kepala.

tertarik dengan objek terang.

4 BULAN

Mula memerhatikan tangannya sendiri.

Tahap ketajaman mata mengikut carta snellen adalah antara 6 per 60 hingga 6 per 100.

Penglihatannya mempunyai tujuan iaitu ingin menghulurkan tangannya untuk mencapai sesuatu.

5 BULAN

Pada tahap ini, bayi anda sudah semakin mahir melihat objek-objek kecil dan menjejaki benda yang sedang bergerak

Menunjukkan minat terhadap objek dalam jarak 1 miter daripada penglihatannya.

Mengenali objek yang biasa dilihatnya  seperti botol susu,cawan,dan sebagainya.

sudah tahu membezakan warna-warna terang yang serupa, dan kini mereka akan mula nampak perbezaan yang tidak begitu ketara di antara warna-warna pastel.

6 BULAN

ü  Terdapat koordinasi antara mata dan tangan.

7 BULAN

ü  Binokular terbentuk dengan baik

ü  Boleh memindahkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain.

8 BULAN

ü  Mencari objek yang jatuh.

ü  Pada usia ini juga warna matanya sudah menjadi warna sebenarnya, walaupun mungkin akan terdapat sedikit lagi perubahan warna yang tidak ketara selepas ini.

10 BULAN

  • Menunjukkan minat yang nyata terhadap objek yang kecil.
  • Penglihatannya sudah cekap untuk bertindak pantas.

 

 

 

11 BULAN

  • Memandang sepintas lalu persekitarannya dan dapat membezakan apa yang dilihat dengan cepat.
  • Suka melihat gambar-gambar dan menunjukkan jarinya kearah gambar.

12 BULAN

  • Diskriminasi segi empat dari bulatan.

12 hingga 18 BULAN

  • Suka atau sangat berminat melihat gambar-gambar terutamanya  daripada buku disamping menunjukkan  dengan jari kepada gambar tersebut.
  • Tetapi masih tidak boleh mengubah muka surat buku dengan sendiri.
  • Koordinasi tangan dan mata yang lebih baik.
  • Melihat objek kecil dan memungutnya dengan ibu jari dan jari telunjuk.

4 TAHUN

  • Carta snellen penglihatan adalah 6 per 6.
  • Penglihatan yang sempurna.

 

 

 

 

 

Leave a comment