Esei

MADU LEBAH
Surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (Al-Nahl : 68).

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Al-Nahl : 69)

Tugas Yang diberikan Allah kepada Lebah

—Kerajaan lebah adalah dipimpin betina dan bilangan lebah jantannya jauh lebih kecil daripada bilangan lebah betina.
—Peranan lebah jantan dalam kerajaan lebah lebih terhad, hanya untuk memberikan keturunan kepada betina. Apabila selesai lalu semuanya mati.Hanya tinggal Ratu dan pekerja betina yang bertugas mencari madu dan membuat sarang.
—
Al-Quran juga menjelaskan mengenai fungsi lebah iaitu memakan berbagai buah-buahan (madu bunga).

—Apabila lebah memakan buah-buahan yang mempunyai pelbagai zat gula, hasilnya keluar madu yang berbaza warnanya.

Kandungan dalam madu

Madu mengandung glukosa (dekstrosa) dan fruktosa (levulosa) dalam jumlah yang tinggi. Menurut Winarno (1982), kadar dekstrosa dan levulosa yang tinggi mudah diserap oleh usus bersama zat-zat organic lain, sehingga dapat bertindak sebagai stimulant bagi pencernaan dan memperbaiki nafsu makan.
Ini bermakna, madu yang dicernakan oleh lebah adalah hasil daripada cecair gula yang diambil dari pelbagai buah-buahan.
Jenis-jenis madu
—Madu Tualang
—
Madu ini terhasil oleh lebah madu di dalam hutan yang mengambil nektar dari pelbagai bunga-bungaan hutan (poliflora).
—Madu Sidr
—
—Madu yang berasal dari Negara Yemen ini adalah yang termahal di dunia.
—Khasiatnya adalah yang terbaik nilainya dalam segi perubatan.
—Madu ini dihasilkan di Pergunungan Hadramaut yang bebas daripada pencermaran.
—Madu Ratu atau Madu Putih
—
——Madu ini dikenali sebagai Susu Lebah atau dikenali Madu Putih kerna warnanya yang putih kekuningan seolah-olah mirip warna susu.
—Madu ini sebenarnya adalah madu yang dimakan oleh ratu sarang lebah. Harus diketahui, ratu sarang lebah mempunyai saiz yang lebih besar, hayat yang panjang dan satu-satunya lebah yang boleh reproduksi.
—Malangnya, madu ratu ini amat sensitif dengan suhu dan tidak tahan lama. Oleh itu, penyejukkan harus diambil berat dalam hal penjagaan madu ini.
—Madu Propolis
—
—Madu ini bukanlah madu sebenar dari bunga tapi ianya terhasil daripada pengambilan nektar pokok. Nektar ini dihasilkan oleh pokok untuk melindungi kulit pokok dan juga digunakan oleh lebah untuk melindungi sarang mereka.
—Terdapat dua jenis madu iaiatu hijau dan perang.

Madu ini biasanya terdapat di Brazil.

—Madu Manuka
—
Madu ini merupakan madu yang datang dari New Zealand
—Madu ini terhasil dari lebah madu yang hidup berhampiran pokok manuka atau bahasa sainsnya Leptospermum scoparium).
—Madu ini diukur kualitinya mengikut Unique Manuka Factor (UMF). UMF 10 hingga 16 adalah kadar yang disarankan bagi madu manuka yang berkesan untuk rawatan penyakit.
—Madu Kelulut
—
—Madu ini dihasilkan oleh lebah kelulut iaitu sejenis lebah yang bersaiz kecil ala-ala sebesar saiz lalat.
—Sarangnya unik kerana dijumpai di akar-akar atau tunggul pokok berhampiran permukaan tanah.
—Warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam.
—Kebiasaannya kuantiti yang diperolehi adalah sedikit.
Antara Khasiat Madu adalah:
  • —Memberi sumber vitamin kepada tubuh
  • —Memelihara kesihatan tubuh badan
  • —Membantu mengastasi masalah kesihatan
  • —Mencegah rasa mengantuk dan letih / lesu – sumber tenaga
  • —Mencergaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak dengan merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia.
  • —Boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki.

Madu Sebagai penyembuh segala penyakit

—Lafaz ayat al-Quran berbentuk umum iaitu ” padanya terdapat ubat bagi manusia” menunjukkan bahawa madu merupakan ubat bagi semua penyakit dan bagi semua orang
—Dari Ibnu ‘Abbas r.a, dari Nabi saw, (maksudnya): “Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga hal: berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu.”
Cara menggunakan Madu

1.Pesakit dilarang meminum sebarang makanan selama lapan jam sebelum berubat dengan minuman madu.

2. Minumlah madu lebah kemudian pula air untuk meringankan madu tersebut.

3. Jika penyakit tersebut ringan, larangan makan makanan lain boleh dikurangkan masanya.

4. Penyakit kulit boleh diubati dengan menyapu madu tersebut.

5. Menggunakan madu bukan bermakna menyia-nyiakan pemeriksaan dan penggunaan ubat lain.

6. Keimanan dan kesabaran adalah sifat yang semestinya dimiliki pesakit, supaya proses berubat berjalan baik.

Madu Dalam Tamadun Islam

—Madu telah digunakan sejak zaman tamadun Parsi, Rom, Greek dan sebagai bagi menyembuhkan penyakit.
—Masyarakat Yunani dan Rumawi juga menganggap madu sebagai sumber kesihatan yang boleh memanjangkan usia (Shukri Ahmad, 2007).
Selain itu masyarakat Mesir purba sudah menggunakan madu di dalam bidang ilmu perubatan mereka untuk mengubat penyakit luka, sakit perut, usus, pinggang dan mata dan mengawet mayat supaya tidak busuk.

RUMUSAN

Sememangnya  Madu lebah mempunyai banyak kebaikan dan khasiatnya.Dimana khasiatnya telah dibuktikan melalui dunia perubatan dan kecantikan serta al-Quran dan al-Hadis  ada menyebut tentang proses membuat madu yang dilakukan oleh makluk yang digelar lebah dan al-Quran juga ada menyebut tentang khasiatnya.

—Ibn Sina juga menyatakan ” Jika anda ingin awet muda, minumlah madu”. Beliau ada menambah ” sesungguhnya madu lebah dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”.

 

—
—

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s